top of page

Naik taraf pelabuhan Chendering: Negeri pembangkang tak dipinggirkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5, 2023
  • 1 min read


Dakwaan sesetengah pihak kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganaktirikan negeri pembangkang ternyata tidak berasas.


Hal itu terbukti apabila kerajaan memperuntukkan RM192 juta bagi projek menaik taraf pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Terengganu.


Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, pelaksanaan projek itu membolehkan lebih banyak bot nelayan bersaiz besar mendarat di pelabuhan berkenaan sekali gus meningkatkan pendaratan hasil laut.


"Pelabuhan Chendering akan dikorek dan dibalikkan peranannya seperti dahulu. Bagi kerja-kerja awal Kerajaan Negeri telah mengorek pasir (di muara pelabuhan) yang melibatkan kos sebanyak RM3 juta.


"Selepas ini Pelabuhan Chendering akan kembali aktif, lebih banyak kapal mendarat ikan termasuk bot lebih besar," katanya ketika melawat Syarikat Amir Vision Sdn. Bhd yang terlibat bagi pembangunan vesel moden Zon C2 milik bumiputera di Terengganu.


Sementara itu, Pengarah LKIM Negeri Terengganu Rosli Mustapa berkata, dengan projek naik taraf itu masalah di pelabuhan Chendering dijangka dapat diselesaikan.


"Kerja-kerja menaik taraf dijangka bermula April ini yang akan dimulakan dengan proses penilaian dan kajian untuk membina benteng pemecah ombak dan pembaikan kecil (infrastruktur).


"Kemudian kita akan teruskan pelaksanaan projek naik taraf ini secara berperingkat," jelasnya.


Difahamkam, pelabuhan Chendering berdepan masalah muara cetek serta berdepan kekurangan kemudahan di jeti pendaratan ikan.


Walaupun masih boleh digunakan, bot-bot besar hanya boleh berlabuh ketika air pasang dengan bergilir-gilir memandangkan laluan yang sempit.


Menurut Rosli, kerja-kerja mendalamkan muara akan melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM40 juta daripada kerajaan pusat dan ia tidak termasuk dalam peruntukan RM192 juta bagi projek naik taraf pelabuhan tersebut.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page