top of page

Naik taraf longkang Minden Heights elak banjir kilat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 9, 2021
  • 1 min read


ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam berharap kejadian banjir kilat di kawasan kejiranan Minden Heights dapat diatasi dengan projek naik taraf longkang di kawasan berkenaan.


Kumaresan yang melawat projek berkenaan semalam berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.


"Meninjau kerja-kerja naiktaraf longkang di Cangkat Minden Jalan 3, 6 dan 7, Minden Heights. Pada bulan lepas saya telah bangkitkan isu banjir kilat di kawasan ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), dan satu lawatan bersama pihak JPS dan JKR juga telah diadakan.


"Susulan daripada itu JKR telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja menaiktaraf longkang. Saya berharap masalah banjir kilat di kawasan ini akan dapat diselesaikan," katanya.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page