top of page

Naik nilai ambang pelaksanaan e-invois kepada RM1 juta legakan pengusaha PKS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Sikap terbuka dan keprihatinan Kerajaan MADANI terbukti apabila nilai ambang pelaksanaan e-Invois dinaikkan kepada RM1 juta, satu langkah yang memberi kelegaan ketara kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan mengurangkan beban pematuhan awal dan mencerminkan pendekatan dasar yang lebih realistik dan berpaksikan suara rakyat.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nabil Halimi (gambar) berkata, tidak ada kerajaan yang sempurna namun Kerajaan MADANI berjaya membuktikan bahawa reformasi tidak dilaksanakan dari satu sudut semata-mata, sebaliknya mengambil kira isu serta permasalahan yang timbul selepas pelaksanaannya.


"Kerajaan juga telah menggandakan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.


"Kerajaan akur dan komited untuk mempercepat pembayaran balik cukai yang tertunggak kepada pembayar cukai kerana Kerajaan MADANI berpegang pada prinsip tidak sepatutnya berhutang dengan rakyat.


"Secara ringkasnya, langkah tersebut menunjukkan kerajaan cakna terhadap aliran tunai peniaga dan pembayar cukai, sambil memperlihatkan responsif terhadap rungutan mengenai kelewatan bayaran balik.


"Ia juga selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menguruskan kewangan secara lebih telus dan adil," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kerajaan MADANI menaikkan nilai ambang e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta yang disifatkan mampu melegakan PKS.


Selain itu, beliau turut ditanya mengenai pengumuman penyediaan dana RM4 bilion bagi bayaran balik cukai SST sebelum ini, yang dianggap sebagai bukti keupayaan Kerajaan MADANI bertindak pantas menangani keresahan peniaga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page