top of page

Naik gaji: Penjawat awam nikmati kenaikan hingga 42%

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Penjawat awam dalam Kumpulan Pelaksana atau Gred 40 dan ke bawah dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7%.


Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, gambaran awal bagi keseluruha SSPA boleh didapati mulai minggu hadapan.


"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, yang akan mula diedarkan minggu depan adalah garis panduan berkait kenaikan gaji penjawat awam.


"Jadi bermula minggu depan, kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 42%.


"Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala bagi kumpulan seperti Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, peningkatannya lebih sederhana," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.


Dalam pada itu, kata Fahmi perincian kenaikan gaji penjawat awam akan diteliti dalam dokumen Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.


"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini diingatkan ada beberapa aspek yang melibatkan implikasi kewangan.


"Perkara itu bukan hanya perlu di bawa ke Jemaah Menteri tapi juga dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti di Parlimen," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page