top of page

Naik gaji: Peniaga jangan ambil kesempatan naik harga - Fuziah



Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) memberi amaran agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memberi amaran itu susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada 1 Mei lalu.

Tegasnya, pihak kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas peniaga yang didapati berbuat demikian.


"Kami (KPDN) mempunyai punca kuasa untuk mendapatkan harga setiap barangan di sepanjang rantaian bekalannya. Contohnya apabila kita tarik subsidi ayam, kita lihat ada usaha untuk menaikkan harga yang tidak munasabah pada minggu pertama dan kedua.


"Melihat kepada situasi itu, KPDN terus mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan tersebut," katanya dipetik.


Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 melibatkan impak kewangan negara melebihi RM10 bilion.


Kenaikan yang bertujuan menambah pendapatan pekerja gred rendah antara 25% hingga 30% itu merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan sebelum ini.


Susulan pengumuman berkenaan, masyarakat melahirkan kebimbangan akan berlaku kenaikan harga barang dari sikap segelintir peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan pihaknya akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya susulan pengumuman kenaikan gaji tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page