Naib Presiden KEADILAN sumbang peralatan bernilai RM50,000 kepada Hospital Miri


Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo telah menyumbangkan peralatan dan kelengkapan yang berjumlah sebanyak RM50,000 kepada Hospital Miri dalam usaha melawan pandemik Covid-19.


Ini termasuk 4 unit 'examination couch', 4 unit 'reclining chair', 2 unit ' injection trolley', 5 unit 'linen rack', 10 unit ' arteri IV drip stand', 14 unit 'Hospital cardiac table' dan 4 unit 'examination trolley'.


“Kerjasama semua pihak diperlukan dalam usaha melawan pandemik Covid-19.


“Disiplin dan komitmen rakyat di semua lapisan, tidak kira kedudukan, kuasa dan taraf akan menjadi penentu sama ada kita benar-benar berjaya atau tidak dalam peperangan mencabar ini,” katanya.


Beliau juga memahami cabaran besar yang diharungi oleh petugas barisan hapadan dan amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan demi melawan pandemik Covid-19.


“Tahniah and terima kasih kepada Dr Jack Wong, Pengarah Hospital Miri, dan semua pasukan yang diketuai olehnya atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam peperangan mencabar ini,” katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER