top of page

Naib Presiden KEADILAN pimpin MPN Kelantan



KEADILAN Kelantan diharap akan memberi saingan hebat kepada Pas dan Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Sehubungan itu, Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad menggalas tugas sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baharu.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Hal itu diumumkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua ketua Cabang Kelantan hari ini.


"Saya mengadakan rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Kelantan petang ini bagi melantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).


"Saya telah mengemukakan nama saudara Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Pengerusi MPN dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut," katanya.


Anwar berharap Pengerusi MPN yang baharu mampu membawa keputusan cemerlang dalam PRU 15 dengan memanfaatkan gelombang ketidakpuasan hati rakyat Kelantan.


"Semoga saudara Nik Nazmi dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan segala kudrat yang ada bagi memungkinkan perubahan di negeri Kelantan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page