Naib Ketua: Wanita KEADILAN Sarawak rakam tahniah kepada Victoria Musa
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Wanita KEADILAN Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Victoria Musa (gambar) atas pelantikan beliau sebagai Naib Ketua Wanita (V) KEADILAN Pusat.
Wanita KEADILAN Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan serta sumbangan berterusan Victoria dalam memperjuangkan suara dan hak wanita di peringkat nasional.
"Wanita KEADILAN Sarawak mendoakan agar beliau diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut demi parti dan kepentingan rakyat.
"Kami yakin beliau mampu menggalas amanah ini dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat reformasi," kata Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sarawak, Nur Jafni Abdullah.
Nur Jafni sementara itu menyatakan keyakinan pelantikan Victoria dapat memberi nilai tambah dengan memperkasa lagi peranan Wanita KEADILAN sebagai tonggak membina masyarakat yang adil, inklusif dan berdaya saing, selari dengan aspirasi perjuangan parti.









Comments