top of page

Nahas jet: PM utus salam takziah buat keluarga mangsa



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina, semalam.


Melalui satu hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau mendoakan agar semua ahli keluarga mangsa tragedi itu tabah menghadapi dugaan.


"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam.


"Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah," kata Pengerusi Pakatan Harapan itu.


Semalam, negara dikejutkan dengan insiden membabitkan pesawat ringan yang terhempas atas lebuh raya Guthrie, dekat Elmina pada pukul 2.40 petang semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin kemudian mengesahkan seorang wakil rakyat dari negeri itu maut dalam nahas terbabit.


Mohd Sharkar dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun berada dalam pesawat malang itu ketika kejadian.


Turut dilapor terkorban adalah dua orang awam yang berada di tempat kejadian.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page