top of page

Nahas Gerik: Kerajaan hulur bantuan, sokongan psikososial kepada keluarga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 1 min read

Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan bantuan segera sebanyak RM2,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik awal pagi semalam.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memaklumkan bahawa pihak kementerian dan UPSI telah bertindak pantas dengan menubuhkan bilik gerakan serta hotline bagi menyelaras segala bentuk bantuan dan maklumat berkaitan insiden tersebut.


"Pihak universiti turut menyediakan bantuan khas RM1,000 kepada setiap waris mangsa termasuk mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut.


"Pelbagai bentuk bantuan lain juga sedang disalurkan, termasuk bantuan pengebumian, perlindungan insurans, zakat dan kemalangan," katanya dipetik.


Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi kemalangan membabitkan bas yang membawa pelajar UPSI yang menyebabkan 15 terkorban dan berpuluh lagi cedera.


Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Jerteh, Besut, Terengganu menuju ke Tanjung Malim, Perak.


Kemalangan yang turut membabitkan sebuah kenderaan Perodua Alza itu disifatkan sebagai antara kemalangan membabitkan bas dengan angka korban tinggi di negara ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memberi jaminan bahawa segala bentuk sokongan psikososial, kaunseling serta bantuan sewajarnya akan segera disalurkan kepada keluarga mangsa.


Sehubungan itu jelasnya, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan digerakkan bagi membantu keluarga pelajar terbabit khususnya dalam pengurusan emosi serta kebajikan mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page