top of page

NADMA giat hantar bantuan tambahan ke negeri terjejas banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read
NADMA menyelaras penghantaran bekalan tambahan kepada negeri-negeri yang terlibat
NADMA menyelaras penghantaran bekalan tambahan kepada negeri-negeri yang terlibat

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) giat menyelaraskan penghantaran bekalan tambahan ke beberapa negeri seiring peningkatan kejadian banjir di Semenanjung Malaysia


Menerusi satu kenyataan, agensi itu berkata, pihaknya telah menerima permohonan tambahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, Selangor, Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.


Permintaan membabitkan 3,000 unit kit makanan (KM) dan 6,700 unit makanan retort (MRE) bagi memenuhi keperluan petugas dan mangsa bencana di negeri-negeri tersebut.


"NADMA sedang menyelaras penghantaran bekalan tambahan kepada negeri-negeri yang terlibat dengan kadar segera," menurut kenyataan itu.


Daripada aspek kemudahan tempat perlindungan, sebanyak 128,186 unit Collapsible Cubicle Tent (C-Tent) telah dibekalkan di seluruh negara melalui sumbangan pelbagai pihak.


Bagaimanapun menurut agensi itu, pihaknya bersedia membuat penghantaran C-Tent tambahan sekiranya terdapat keperluan di lapangan.


Setakat malam tadi, seramai 29,804 mangsa daripada 9,120 keluarga telah dipindahkan ke 233 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negara.


Sementara itu menurut NADMA, agensi berkenaan turut akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menyediakan bekalan makanan semasa bencana secara berfasa.


Sementara penyelarasan dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan keperluan logistik bencana berada pada tahap optimum


"Bagi memperkukuh pemulihan infrastruktur ketika bencana, NADMA menempatkan tujuh set Jambatan Keluli Bermodular di lokasi strategik, iaitu tiga set masing-masing di Sabah dan Sarawak serta satu set di Kelantan.


Selain itu, 60,000 kit makanan telah disediakan untuk mangsa bencana selepas keluar dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala 110,000 unit makanan retort untuk petugas operasi di lapangan dan bagi kegunaan hari pertama PPS dibuka telah dihantar ke depoh-depoh di seluruh negara," tambah kenyataan tersebut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page