top of page

Nabil berjaya mohon pindah kes saman MP Pas ke Shah Alam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 1 min read
ree

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi (gambar), memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen (MP) Pasir Mas, Fadhli Shaari, dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.


Nabil berkata keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya setelah menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 11 September 2025, sebelum beliau memfailkan pembelaan dan permohonan pemindahan kes tersebut.


"Alhamdulillah, hari ini, satu kemenangan kecil bagi saya kerana Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan pemindahan kes saya


"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai oleh Saudara Khairul Naim Rafidi yang begitu banyak membantu," katanya.


Menurut Nabil, beliau menyifatkan tindakan saman tersebut hanyalah satu bentuk tekanan politik oleh pemimpin Pas yang bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.


Beliau turut memohon sokongan moral daripada rakan-rakan parti dalam menghadapi proses perundangan ini.


"Saya mohon doa daripada rakan-rakan parti agar dipermudahkan urusan kes saya ini demi mempertahankan kebebasan bersuara serta melindungi parti KEADILAN lebih-lebih lagi Datuk Seri Presiden kita daripada diserang secara melulu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.


Untuk rekod, pada Julai lalu Nabil mengecam keras Ahmad Fadhli yang didakwa mempersenda peranan rasmi Malaysia dalam usaha diplomatik meredakan ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja menerusi satu karikatur yang dimuat naik dalam hantaran di Facebooknya.


Hantaran tersebut memaparkan ilustrasi seekor monyet berjubah hakim yang digambarkan menjadi orang tengah antara kambing dan biri-biri simbolik yang dianggap sebagai sendaan terhadap usaha murni kerajaan Malaysia yang kini mempengerusikan ASEAN.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page