top of page

N Sembilan sedia 80 ekar tanah perumahan Generasi Kedua Felda



Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengenal pasti lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan kediaman untuk Generasi Kedua Felda.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata rizab tanah Kerajaan Negeri seluas 80 ekar iaitu 50 ekar tanah dalam kawasan Felda di daerah Jempol dan 30 ekar tanah lagi dalam kawasan Felda di daerah Tampin telah dikenal pasti dan disediakan bagi tujuan itu.


"Inisiatif baharu ini dilaksanakan melalui kaedah penyediaan lot-lot tanah untuk tapak rumah bagi generasi kedua dan ketiga FELDA.


"Inisiatif ini akan dilaksanakan di atas tanah milik Kerajaan Negeri yang sepatutnya diserahkan oleh Felda sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian," kata Aminuddin.


Tambahnya, tanah-tanah yang dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi untuk diberikan kepada generasi kedua dan ketiga Felda yang layak.


"Alhamdulillah pada 6 Oktober 2022 yang lalu saya telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Felda Generasi Kedua di Felda Palong 12.


"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi kerja-kerja awal penyediaan lot-lot tanah generasi kedua Felda pada tahun 2023.


"Insya-Allah, semoga usaha ini berjalan lancar dan generasi kedua Felda bakal memiliki lot tanah kediaman sendiri," kata Aminuddin pada Selasa.


Difahamkan projek rintis itu dijangka bakal menawarkan 100 lot rumah dan terpulang kepada pemohon yang layak membina rumah mengikut kemampuan masing-masing

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page