top of page

N. Sembilan sambut baik cadangan sambung semula projek HSR



Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik cadangan meneruskan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura).


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah itu merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain di selatan Semenanjung.


Selain itu, rakyat juga jelasnya akan dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih maju dan memudahkan.


"Sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara, perkara tersebut ditimbulkan, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar) telah meminta projek ini diteruskan semula, ini merupakan satu perkara baik, hubungan dua negara juga dapat diperkukuhkan.


"Kita tidak membatalkan tapak atau laluan sedia ada, kita masih menggunakan laluan itu jika tiada perubahan dari jajaran laluan tersebut. Kerajaan negeri juga merancang mewujudkan sebuah bandar baharu di kawasan tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura baru-baru ini menitahkan agar projek HSR KL-Singapura dihidupkan semula


Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebagai respon kepada titah itu dilaporkan berkata kerajaan sedang meneliti model pelaksanaan baharu bagi projek HSR yang dicadangkan, ia termasuk model pembiayaan baharu untuk menentukan sama ada mana-mana pihak swasta berminat untuk menampung kos projek, pengurusan sistem dan operasi HSR.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page