top of page

N Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion sepanjang tahun lepas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read

ree

Kerjasama kukuh Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan terus memberi impak positif kepada negeri itu.


Sepanjang tahun lalu, negeri itu berjaya menarik pelaburan berjumlah RM7.25 bilion melibatkan 208 projek merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama pelbagai kementerian.


"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.4 bilion atau 46.9 peratus merupakan pelaburan asing, sebahagian besarnya membabitkan projek berteknologi tinggi.


"Pelaburan tahun lalu juga berjaya menjana 4,684 peluang pekerjaan baharu – peningkatan berbanding 3,250 peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2023," kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dipetik di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri pada Selasa.


Beliau sebelumnya menjawab soalan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau), yang dibacakan oleh Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Jeram Padang) mengenai jumlah pelaburan asing di negeri itu.


Sementara itu Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, walaupun data rasmi pelaburan suku pertama 2025 daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hanya akan diumumkan pada Mei, Invest NS merekodkan enam kelulusan projek antara Januari hingga Februari 2025 dengan nilai pelaburan sekitar RM1.505 bilion.


Daripada jumlah itu, empat projek adalah pelaburan asing daripada syarikat seperti On Semiconductor (AS), T. Hasegawa Flavour dan Medijoy (Jepun), serta In Win Asia (Taiwan).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page