top of page

N Sembilan peruntuk RM500 ribu, bangunkan tapak campervan





Pantai Port Dickson kini mempunyai tapak campervan khususnya bagi peminat kenderaan rekreasi.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Tapak Campervan di Pantai Batu 5 berkata, kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM500,000 bagi pembinaan dua tapak campervan termasuk di Taman Eko-Rimba Lenggeng.


Tapak tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas selaras usaha kerajaan negeri menarik lebih banyak kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa sejajar dengan kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui pembinaan produk pelancongan baharu.


"Tapak campervan ini boleh memuatkan sebanyak 12 kenderaan dalam satu masa. Bagi peringkat permulaan tapak ini akan dibuka pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan selama tiga bulan pertama bermula Disember 2023 sehingga bulan ini.


"Penyediaan tapak campervan ini untuk menyediakan tempat yang selamat dan selesa kepada peminatnya untuk berkumpul dan melakukan aktiviti riadah berkonsepkan perkhemahan berkenderaan bersama keluarga dan rakan-rakan.


"Usaha ini juga dapat menarik permintaan baharu dalam industri pelancongan domestik. Kerajaan negeri akan mempergiatkan lagi usaha penganjuran pelbagai aktiviti dan pengukuhan produk pelancongan sedia ada, pembinaan produk baharu bagi menarik lebih banyak kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa," jelasnya.


Aminuddin sementara itu berharap pengunjung di setiap pantai di Port Dickson menghargai prasarana yang disediakan di sini dan tidak memasang khemah kecuali di tempat yang dibenarkan.


"Di tapak campervan ini tidak dibenarkan memasang khemah atau meletakkan kenderaan berhampiran pantai kecuali di tempat yang disediakan ini demi keselamatan orang ramai dan untuk keselesaan pengunjung lain," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page