top of page

N Sembilan perkukuh institusi pendidikan tahfiz, sekolah agama rakyat



Kerajaan Negeri Sembilan menyemak semula Enakmen berkaitan Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tindakan itu bagi memperkukuh pemantauan dan kawalan dalam memastikan sekolah agama termasuk tahfiz, madrasah, pondok dan sekolah agama rakyat di negeri itu mematuhi standard pendidikan serta keselamatan ditetapkan.


Selain semakan itu yang akan dilaksana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), pihaknya turut memperkasakan kurikulum sekolah dengan membangunkan Kurikulum Asas Sekolah Islam Negeri Sembilan (KASINS).


"KASINS bertujuan menyediakan asas pendidikan Islam yang inklusif dan sistematik, membina kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu, serta meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka selain berperanan mengawal kurikulum di sekolah Islam swasta agar selari dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah.


"Setakat ini 33 sekolah Islam swasta mengikuti KASINS yang diperkenalkan ini," katanya dipetik di Dewan Undangan Negeri.


Beliau sebelumnya menjawab soalan berkaitan pelan kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan Islam di negeri ini.


Sementara itu Aminuddin yang juga ADUN Sikamat memberitahu, kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sembilan (UPEN) terus memperkasakan program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz, madrasah dan pondok.


Selain itu Kerajaan Negeri turut menyalurkan RM17,640 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) untuk pelaksanaan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dan RM6,220 bagi Program Adab dan Nilai untuk kejayaan pelajar cemerlang anak-anak Negeri Sembilan dalam program Majlis al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan tahun ini.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page