top of page

N Sembilan boleh capai sasaran nilai pelaburan RM5 bilion



Menteri Besar Negeri Sembilan yakin sasaran Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nilai pelaburan baharu berjumlah RM5 bilion tahun ini akan dapat dicapai.


Datuk Seri Aminuddin Harun ketika penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban pada Khamis berkata, keyakinan itu berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


"Walaupun setakat suku kedua tahun ini, Negeri Sembilan hanya berjaya memperoleh 89 projek yang diluluskan oleh MIDA dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.95 bilion, terdapat beberapa projek lain yang masih dalam proses rundingan.


"Berdasarkan rundingan berkenaan dan unjuran Invest NS sehingga September lalu, Negeri Sembilan berkemungkinan mampu mencapai RM5 bilion jumlah pelaburan tahun ini.


"Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar terbuka dalam mengalu-alukan kemasukan pelabur terutamanya pemain industri berteknologi tinggi selain giat mengadakan sesi dialog bersama pelabur sedia ada serta yang berpotensi bagi mengembangkan operasi di Negeri Sembilan," katanya dipetik.


Aminuddin yang juga ADUN Sikamat berkata, antara projek yang kini sedang dalam rundingan termasuk projek tenusu Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di Gemas, Tampin yang berjumlah RM1 bilion.


"Selain itu pelaburan membabitkan syarikat Farm Fresh di Bandar Enstek Nilai berjumlah RM100 juta dan beberapa lagi pelaburan yang lain," katanya.


Sementara itu, ketika menyentuh mengenai rancangan penerokaan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu, beliau menegaskan ia akan dijalankan secara terancang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak sebarang pencemaran.


"Sehingga kini kerajaan negeri belum memberikan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti melombong unsur nadir bumi ini," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page