top of page

N Sembilan beri insentif kepada pemain no 1 Asia skuasy bawah 13 tahun



Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada Johan Kejuaraan Skuasy US Junior Open 2021 kategori perempuan bawah 13 tahun, Harleein Tan.


Atlet remaja asal Negeri Sembilan itu menerima insentif kewangan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.


"Anak jati Negeri Sembilan ini aktif dalam skuasy sejak berumur lima tahun. Kini dia pemain No.1 Asia sejak tahun 2018 bagi kategori perempuan bawah 11 tahun, dan perempuan bawah 13 tahun.


"Tahniah kepada Adik Harleein Tan serta kedua ibu bapanya, En Tan Hock Seng dan Pn Sharmila Velayutham atas kejayaan yang amat membanggakan ini," katanya dipetik.


Menteri Besar berharap Harleein suatu hari nanti akan mengembangkan bakat sehingga menjadi juara skuasy dunia.


"Semoga adik Harleein Tan terus cemerlang di persada antarabangsa dan menjadi pelapis lagenda skuasy negara, Datuk Nicole Ann David,” kata Aminuddin lagi.


Antara kejuaraan yang pernah diungguli Harleein ialah CIMB Foundation National Junior Championships 2021 kategori perempuan bawah 13 tahun, Dunlop British Junior Open 2020 kategori perempuan bawah 11 tahun, CIMB Foundation National Junior Championships 2020 kategori perempuan bawah 11 tahun, Hong Kong Junior Open 2019, Penang Malaysian Junior Open 2019 dan Singapore Junior Open 2019.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page