top of page

N Sembilan bahagia, cemerlang industri pelancongan - Aminuddin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 7, 2023
  • 1 min read


Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berbangga dengan pencapaian masyarakat majmuk di negeri itu sebagai masyarakat bahagia.


Hal itu diungkapkannya dalam ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Negeri Sembilan, pagi tadi.


Katanya, pembangunan yang mengambil kira anggota masyarakat dan diputuskan dengan perundingan bersama semua pihak menjadikan negeri Adat Pepatih tersebut memiliki score tinggi dalam indeks kebahagiaan.


"Dengan muafakat yang ada, kesejahteraan terus digilap, Negeri Sembilan terus tersenarai oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebagai negeri bahagia apabila semua daerah dalam negeri ini mendapat score 80% indeks kebahagian


"Pembangunan semua daerah ini berpaksikan teras pembangunan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045. Baru baru ini Daerah Kuala Pilah dinobatkan antara bandar bahagia Malaysia dan daerah Jelebu sebagai keluarga bahagia


"Demi memastikan kebahagian rakyat terus subur Kerajaan Negeri akan terus fokus kepada memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat. Misalnya aspek penjagaan kesihatan, menangani kemiskinan menyeluruh, mempertingkatkan jumlah rumah mampu milik, giatkan aktiviti ekonomi dan galakan gaya hidup rakyat aktif," katanya.


Aminuddin berkata, Adat Pepatih di Negeri Sembilan selari dengan konsep MADANI yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.


Justeru, bagi menyemarakkan keunikan tradisi Adat Pepatih MB mengumumkan Kerajaan Negeri akan melaksanakan Pepatih Fest bagi galakkan pelancongan di negeri itu.


"Negeri Sembilan satu satunya negeri yang mengamalkan Adat Pepatih di negara ini


"Keunikan budaya tradisi negeri ini, Kerajaan Negeri tidak lupa agar adat ini terus disemarakkan dan diketangahkan. Oleh itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sentiasa menganjurkan aktiviti adat budaya yang melibatkan peruntukan lebih RM5 juta sejak 2019.


"Pelaksanaan aktiviti kebudayaan mampu menjadi tarikan pelancong, malah menambah nilai muafakat di negara ini. InshaAllah pada Jun tahun ini kita akan menganjurkan pula Pepatih Fest," katanya lagi.





Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page