top of page

MyKhas peruntukan khas PM, disalur terus kepada rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

Sistem Mesra Rakyat (MyKhas) disediakan untuk menyalurkan manfaat terus kepada rakyat, bukannya sebagai peruntukan peribadi Ahli Parlimen.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika menegaskan perkara itu berkata, dana berkenaan adalah Peruntukan Khas Perdana Menteri seperti terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia (RMK) dan Belanjawan Negara.


Justeru kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan khas itu disalurkan terus kepada rakyat bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan, bukannya terus kepada Ahli Parlimen tidak perlu dipertikaikan.


"Macam saya pun, MyKhas tidak boleh digunakan untuk saya. MyKhas digunakan untuk rakyat, penduduk dan pengundi dalam Parlimen. Duit itu tidak pernah sekali-kali pergi kepada Ahli Parlimen," katanya dipetik laporan media tempatan.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Internet Selamat di Kuala Lumpur semalam.


Menurut Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, pengurusan MyKhas dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, termasuk bagi permohonan bantuan di kawasan pembangkang.


Sesetengah kawasan, mekanisme penyaluran dikendalikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin manakala di Petaling Jaya diselaraskan menerusi Ketua Cabang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan.


"Jadi mekanismenya seperti yang Perdana Menteri telah umumkan, ia tidak menjadi apa-apa masalah atau isu kerana duit itu akan terus disampaikan kepada rakyat," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page