top of page

MyIDEA dilancarkan, jadi platform koordinasi misi menyelamat



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada Khamis melancarkan Sistem Maklumat Bencana (MyIDEA) yang akan menjadi platform dalam misi penyelamatan mangsa membabitkan bencana alam.


Chang Lih Kang dalam sidang media selepas melancarkan aplikasi itu berkata, ia menggunakan teknologi satelit yang membolehkan misi penyelamatan dilakukan dengan pantas dan dikoordinasi lebih baik serta sistematik.


Mangsa yang terperangkap akibat banjir di lokasi tertentu jelasnya akan dapat dikesan dengan lebih pantas dan tepat, memandangkan semasa kejadian banjir lokasi atau kedudukan tepat mana-mana tempat sekalipun amat sukar untuk dikenal pasti menerusi pemerhatian semata-mata.


"Dengan aplikasi ini, kita boleh tahu lokasi tepat mangsa, selain boleh kesan situasi secara tepat masa," katanya.


MyIDEA dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MySA) untuk kegunaan agensi pengurusan bencana alam. Aplikasi itu digunakan untuk mengenalpasti situasi mangsa (Identify), mengesan lokasi sebenar (Detect), memastikan pengurusan menyelamat mangsa dikoordinasi dan dipantau (Ensure) dan mengarkib maklumat untuk paparan visual dan rujukan masa hadapan (Archive).


Menerusi MyIDEA, pihak pengurusan bencana akan menghantar pautan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp kepada mangsa, dan mangsa perlu klik pautan itu, kemudiannya mengisi maklumat yang diperlukan seperti jumlah mangsa dan tahap kritikal keadaan mereka.


MyIDEA seterusnya akan mengesan lokasi mangsa menggunakan sistem satelit sebelum menghantar pasukan bantuan.


Melalui aplikasi ini, operasi SAR turut dapat diselia secara langsung, khususnya pergerakan pasukan penyelamat ke lokasi mangsa, selain mengoptimumkan aset bagi misi SAR dengan mengelakkan pertindihan pergerakan.


Sementara itu, Ketua Pengarah MySA Azlikamil Napiah dalam sidang media sama berkata keberkesanan MyIDEA bergantung kepada pangkalan data sesuatu kawasan yang memerlukan bantuan antara lain komuniti setempat untuk membangunkan pangkalan data masing-masing.


Bagi menyokong platform itu, beliau tidak menolak kemungkinan memohon pihak seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau syarikat telekomunikasi untuk memasang menara pemancar di kawasan yang langsung tidak mempunyai capaian internet, sekiranya perlu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page