top of page

MyHSR yakin pelantikan Fauzi pacu pembangunan syarikat



Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) berkuatkuasa 22 Jun 2023.


Syarikat tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, Fauzi pernah berada dalam Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) antara 2018 dan 2021 serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam pembangunan dan cabaran dalam industri pengangkutan berasaskan rel.


Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, MyHSR Corp mengalu-alukan pelantikan Fauzi dan yakin kepakaran serta pengetahuan dimilikinya dapat memacu MyHSR Corp untuk merealisasikan projek kereta api laju (HSR).


"Dalam kami memulakan lembaran baharu projek ini, sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang berterusan akan mengukuhkan keazaman kami untuk menjayakan projek itu bagi manfaat negara dan rakyat," kata Mohd Nur dalam kenyataan.


Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 1997 dan 1999. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Kuantan antara 1990 dan 1999 serta Ahli Parlimen Indera Mahkota antara 2013 dan 2018.


Beliau yang memiliki kelayakan dalam bidang kejuruteraan pernah memegang pelbagai jawatan kanan di pelbagai kementerian


"Sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pertumbuhan positif akan mengukuhkan keazaman kami dalam membawa projek ini membuahkan hasil untuk manfaat negara dan rakyat," tambah MyHSR.


MyHSR Corp adalah sebuah syarikat yang diperbadankan pada 2015 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Ia di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan dan bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan projek HSR.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page