top of page

MyDigital ID teknologi kriptografi termaju, tidak dedah maklumat peribadi



Oleh: Helmi Mohd Foad


Penggunaan Identiti Digital Nasional (MyDigital ID) yang diperkenalkan oleh kerajaan dijamin dari keselamatan kerana dibangunkan menggunakan teknologi kriptografi termaju.


Ketua Kluster Sektor Teroka Teknologi MIMOS Bhd, Dr Saat Shukri Embong berkata MyDigital ID adalah satu platfrom atas talian untuk seseorang individu melakukan urusan dalam talian dengan menggunakan teknologi tempatan secara keseluruhannya.


Beliau menjelaskan, sebelum ini orang ramai yang mempunyai urusan perbankan atau melibatkan agensi kerajaan, mereka menggunakan kad pengenalan pintar dengan membuat pengesahan menggunakan cap jari pada alat pembaca biometrik.


"Kemudian dibuat salinan untuk prosedur selanjutnya atau diberikan kata laluan untuk urusan dalam talian, dalam salinan itu ada semua data pengenalan.


"Kalau (dengan) MyDigital ID yang kita buat sekarang, buat varifikasi dengan pangkalan data kerajaan dengan apa yang disimpan dalam telefon pintar untuk sebarang transaksi online dengan ada satu sijil yang dikriptografikan, tidak ada data peribadi (dipamerkan), jika ada kebocoran, apa yang mereka (ada) hanya kod pengenalan kita sahaja," katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV yang dikongsikan di Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini.


Dr Saat berkata, bagi meningkatkan tahap keselamatan, MIMOS juga telah membuat pengemaskinian teknologi kriptografi bagi menghadapi 'post quantum computing' dalam era terdekat ini.


Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendaftar dengan Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID sekali gus menjadi individu pertama di negara ini memiliki identiti secara digital diikuti menteri-menteri Kabinet.


Menurut kenyataan MIMOS, pelaksanaan MyDigital ID adalah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan landskap digital negara yang dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keselesaan pengguna di dalam ekosistem digital.


Dengan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini, MyDigital ID diwujudkan dengan sepenuhnya oleh bakat tempatan dan mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus).


"MyDigital ID direka khas untuk memperkukuhkan kepercayaan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian," katanya lagi.


Oleh hujah di media sosial mendakwa MyDigital ID melibatkan penggunaan mikrocip yang dimasukkan kedalam tubuh atau data rakyat Malaysia boleh dicuri oleh pihak asing melalui agenda 'New World Order' adalah tidak benar sama sekali.


Dakwaan tersebut yang kerap dikongsi di media sosial pro pembangkang telah menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini telah terbiasa dengan perbankan elektronik atau pembelian secara atas talian yang turut meminta data peribadi tertentu mereka untuk pengesahan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page