top of page

MyDigital ID satu identiti untuk kesemua aplikasi kerajaan - Rafizi



MyDigital ID atau IDN yang dimomokkan pihak tidak bertanggungjawab atau netizen propembangkang kononnya tidak selamat atau cara kerajaan mengawasi rakyat terpesong daripada kenyataan sebenar.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, salah satu kegunaan utama IDN ialah untuk memudahkan rakyat mendaftar dalam kesemua aplikasi kerajaan dengan satu identiti.


Hal itu, katanya tidak dapat dilakukan oleh Kad Pengenalan sedia ada biar pun mempunyai cip pengenalan diri.


"Mungkin ramai tertanya-tanya apa perlunya IDN sedangkan kita sudah ada Kad Pengenalan.


"Kad Pengenalan adalah pengenalan dan pengesahan diri secara fizikal. Selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan, tanpa satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara, kita perlu membuka akaun bagi setiap portal kerajaan.


"Hal ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain. Setiap kali kita mahu menggunakan khidmat kerajaan, kita perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali dan kerajaan pula ada pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan, sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah rafizi, IDN diperkenalkan kerana kerajaan telah memperkenalkan govtech atau khidmat awam berteknologi tinggi secara berperingkat.


Katanya, sebagaimana rakyat menggunakan aplikasi digital lain untuk banyak urusan harian maka berurusan dengan kerajaan pun akan menjadi lebih mudah sebagaimana mereka menggunakan aplikasi digital lain.


"Langkah awal yang diambil oleh pentadbiran ialah membangunkan PADU (Pangkalan Data Utama) supaya semua maklumat setiap warganegara dikumpulkan dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake.


"Selepas itu, setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan API (application programming interface) untuk berhubung dengan PADU.


"Langkah seterusnya ialah IDN membolehkan kemudahan single sign on (SSO). Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekaligus," ujarnya.


IDN, kata Ahli Parlimen Pandan itu tidak akan terhenti di situ sahaja. Kerajaan, jelasnya, mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan melalui satu portal utama dan single sign on menggunakan IDN.


"Kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa ini akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan.


"Mulai 2024, saya berharap ada tambah baik ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX," kata Rafizi lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page