top of page

MyDigital ID baik untuk negara, tingkat kecekapan perkhidmatan awam



Oleh: Abdullah Zaid


Inisiatif kerajaan melaksanakan Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID dilihat sebagai langkah kehadapan untuk mempertingkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam.


Oleh itu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan dakwaan digitalisasi itu akan mengancam keselamatan rakyat atau memudahkan data peribadi mereka diceroboh.


Katanya, dakwaan kononnya cip diimplan dalam tubuh badan individu atau risiko kebocoran maklumat perbankan adalah percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk burukkan usaha kerajaan meningkatkan digitalisasi di negara ini.


"Saya kira dalam dunia yang berkembang pesat, ramai golongan cerdik pandai yang mempunyai kepakaran dan boleh menilai dengan baik.


"Kerana itu, saya sarankan propaganda yang mengatakan bahawa ID ini bahaya sebab ada unsur cip di masukkan dalam badan dan risiko kebocoran maklumat perlu dibuktikan dahulu (bagaimana ia akan dilakukan).


"Jika ada sandaran data dan kajian atau hujah (baharu boleh) kita terima tetapi jika tidak, saya rasa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara kita," katanya yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).


Pada 1 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pelaksanaan Digital ID tidak akan mengancam sebarang kebocoran maklumat peribadi mahupun kesihatan rakyat.


Tegasnya, semua pihak harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi digital.


Untuk rekod, MyDigital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.


Ia bakal dimanfaatkan dalam sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.


Buat masa ini, inisiatif di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.


Bagaimanapun, penjawat awam digalakkan untuk mendaftar kerana pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan segala bentuk penyasaran subsidi akan disalurkan melalui MyDigital ID berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page