top of page

Musuh tiada idea, guna isu 3R bangkitkan rasa tidak puas hati kaum



Bukti sama ada sesebuah kerajaan berjaya atau tidak boleh dilihat kepada isu yang dimainkan oleh musuh politik untuk menyerang menjelang pilihanraya.


Oleh itu, menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, kerana ketiadaan isu maka di Selangor Perikatan Nasional terpaksa menggunakan isu Agama, Kaum dan Raja (3R).


Katanya, pembangkang gagal menemukan isu kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor bagi menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat ke atas kerajaan negeri.


"Musuh kita tak ada idea. Apa hujah dia (Menteri Besar) Amirudin tak cukup inci. Apa punya hujah. Memang biadap punya manusia.


"Sanusi diheret ke mahkamah sebab satu ucapan dibuat di Selayang, dalam negeri slangor. Ucapan yang sangat biadap oleh seorang yang paling berkuasa di Kedah (ke atas Sultan Selangor).


"Ucapan biadap dia bukan hanya menghina Sultan Selangor tetapi kalau dengar betul betul dia kata susur galur Sultan Kedah adalah yang tidak terputus dari segi pemerintahanya, satu satunya sultan (sedemikian di Malaysia)


"Maksudnya, walaupun dia sebut jelas Sultan Selangor tetapi (juga) merujuk semua Raja raja Melayu.


"Inilah musuh kita. Dia kata Amirudin tak buat kerja, cuci tangan masuk ke negeri Selangor. Kalau auto pilot sejak 2018 tak mungkin rizab (simpanan) naik, hutang turun, pelaburan meningkat dan banyak kemudahan disediakan. Sampai 45 (skim) disediakan," katanya dalam ceramah Pelancaran Bilik Gerakan Utama DUN Kota Damansara, malam tadi.


Bagaimanaun, kata Fahmi, Kerajaan Perpaduan tetap tidak berminat menghapuskan kebebasan media atau bersuara di Malaysia biar pun fitnah bertali arus setiap hari.


Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak bersetuju penggunaan undang undang bagi mengawal ketat aplikasi tertentu yang sering menjadi medium fitnah pembangkang.


"Pada asasnya, sejak Disember lalu ramai kawan kawan jumpa saya minta tolong ban (haramkan) TikTok,


"Satu hari selepas mesyuarat kabinet, saya sebut Datuk Seri (Anwar) apa kamu mahu lakukan kepada TikTok, selalu disalahguna oleh puak puak walaon. Tahu apa kata PM, "tidak, saya tidak mahu ban'. Cari jalan lain.


"Itu dia Datuk Seri Anwar yang 25 tahun berusaha untuk menajdi orang nombor 1 dan kini memegang tampuk kuasa tetapi dia tidak mahu menyalahgunakan kuasa.


"Kata Datuk Seri Anwar, hujah politik lawan politik," jelas Fahmi.


Tegas Menteri Komunikasi dan Digital itu, sekiranya mahu memusnahkan saluran media pembangkang, kerajaan boleh mengenakan kawalan ketat ke atas Facebook, TikTok, Instagram dan sebagainya namun cara yang terbaik dalam amalan demokrasi ialah hujah lawan hujah.


Justeru katanya, ahli politik pembangkang sewajarnya lebih waras dan berhujah dengan matang untuk mendapatkan undi rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page