top of page

'Musuh Allah' : Siasatan terhadap Zainul Asri diteruskan, kata menteri KDN



Pihak polis akan meneruskan siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat, Sabtu lepas.


Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendakwah Zainul Asri sudah dipanggil polis dan dirakam keterangan.

Pendakwah itu menurut Saifuddin mengaku membuat kesilapan mendakwa Tuhan akan mempertahankan Kedah yang dipimpin Pas daripada “musuh Allah”, dalam perhimpunan itu.


"Dalam pertemuan pertama dengan polis, beliau mengaku melakukan kesilapan dan menyatakan terlalu teruja apabila melihat hadirin yang ramai," katanya pada sidang media.


Pada Isnin Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media Pakatan Harapan (PH) Kapten (B) Muhammad Yahaya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap kenyataan Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.


Katanya, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh.


Beliau mendakwa kenyataan Zainul merujuk kepada PH, walaupun Zainul menafikannya.


Sementara itu, Saifuddin menegaskan parti politik sepatutnya menumpukan kepada soal dasar ketika berkempen menjelang PRN.


Katanya, jika “orang agama” menyentuh isu 3R, ia mengundang kesan yang besar dan sepatutnya mesti dielak.


"Seperti yang saya katakan di Parlimen, jauhi isu sensitif melibatkan kaum, agama, dan raja (3R) dalam PRN," tambah Saifuddin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page