top of page

Mustapha harap SPR percepat proses tambah kerusi DUN Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 hours ago
  • 1 min read

Cadangan penambahan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan kini sedang dalam proses penelitian pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berata, beliau berharap proses berkenaan dapat dipercepatkan supaya cadangan penambahan kerusi itu dapat melalui prosedur seterusnya sebelum dibentangkan di Parlimen.


"Ia sudah dibangkitkan. Tapi saya fikir SPR sedang meneliti perkara tersebut. Jadi kita harap supaya dapat dipercepatkan,


"Kita mendengar suara-suara daripada Sarawak terutama untuk penambahan kerusi DUN ini. kita berharap pihak-pihak terlibat dapat mempercepat proses," katanya dipetik.


Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata begitu kepada pemberita di Program Santai dan Sungkei Media Sarawak bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) di Kuching pada Ahad.


Sementara itu jelasnya, pertambahan wakil rakyat terutama di Sarawak akan membolehkan tumpuan yang lebih besar diberikan terhadap kebajikan rakyat.


Langkah itu juga dijangka juga bakal mempercepat usaha menaik taraf infrastruktur asas khususnya di kawasan yang masih ketinggalan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page