top of page

Musim banjir: Syarikat telco diminta pastikan telekomunikasi tak terganggu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 25, 2023
  • 1 min read


Perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan syarikat telekomunikasi (telco) telah diadakan bagi memastikan rangkaian telekomunikasi menghadapi musim tengkujuh akhir tahun ini tidak terganggu.


Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa sekiranya berlaku bencana seperti banjir dapat berjalan dengan lancar.


"Kementerian sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan memohon pengguna membuat aduan sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas banjir," katanya dipetik.


Teo sebelum itu ditemui pemberita selepas hadir ke majlis perjumpaan dengan sayap pemuda DAP Pulau Pinang, di Butterworth.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini memaklumkan negara kini sedang berada pada fasa peralihan monsun, sebelum memasuki Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada November.


Selain memastikan rangkaian telekomunikasi berada dalam keadaan baik, kerajaan telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meningkatkan kesiapsiagaan di 89 daerah yang berisiko tinggi dilanda banjir.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page