Mural pemimpin diconteng di Shah Alam, MB Selangor arah siasatan
- Omar Zin
- Jul 20, 2020
- 1 min read

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menconteng dan merosakkan mural dinding yang memaparkan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak polis supaya mengadakan siasatan terhadap perbuatan tersebut.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme yang berlaku di Seksyen U12 Shah Alam.
"Saya telah menggesa pihak MBSA dan PDRM untuk bekerjasama menyiasat dan memastikan pesalah dikenakan tindakan sewajarnya," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi.
"Saya kecam tindakan biadab pihak tidak bertanggungjawab yg menconteng mural memaparkan wajah pimpinan negara di Seksyen U12, Shah Alam.
"Saya telah berhubung dengan pihak dan dimaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti pihak yang terlibat," katanya.
Comments