top of page

Mulakan usaha tingkat sekuriti makanan dari halaman rumah - GESAAN



Peningkatan harga barang dan kekurangan bekalan makanan di pasaran memerlukan rakyat memperkasa upaya mengeluarkan makanan sendiri.


Menurut Penyelaras Gerakan Rakyat Memperkasa Sekuriti Makanan (GESAAN) Mustaffa Kamil Ayub (gambar, dua dari kanan), rakyat boleh menyumbang memperkukuh sekuriti makanan negara dengan memulakan usaha menanam sayur sayuran atau menternak di halaman belakang rumah.


"Sekuriti makanan merupakan antara asas kedaulatan negara. Terutama dengan konflik Rusia-Ukraine yang merupakan antara pengeluar makanan terbesar dunia, sesungguhnya menyerlahkan lagi kepentingan sekuriti makanan.


"Dengan Malaysia mengimpot sekitar RM60 bilion makanan setahun, jelas menunjukkan kebergantungan kita dengan negara luar. Ini amat bahaya terutama dalam keadaan krisis global," katanya dalam satu kenyataan selepas perasmian Kebun Kak Wan di Parlimen Sungai Buloh, kelmarin.


Menurut Mustaffa yang juga Presiden NGO RAPAT, konsep Kebun Kak Wan yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kelmarin, dan diusahakan secara kaedah penanaman polibeg boleh menghasilkan makanan yang cukup buat keluarga.


Beliau menyeru agar jabatan kerajaan turut menggalakkan rakyat melaksanakan program seumpama itu dengan menyediakan bantuan bersesuaian.


"Kita harus memulakan usaha menanam di persekitaran rumah, desa dan semua kawasan tanah terbiar. Semua pihak terutamanya FAMA, Jabatan Pertanian, MPKK di peringkat akar umbi mestilah bersama-sama menjayakanya.


"RAPAT selaku NGO akan bersama selaku tulang belakang kepada kejayaan GESAAN di Sungai Buloh mahupun seluruh negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page