top of page

Mulakan segera konsultasi biparti demi negara - Fuziah Salleh



Wanita KEADILAN menyeru kerajaan Perikatan Nasional agar memulakan segera dialog biparti bersama pembangkang bagi memenuhi saranan Yang di-Pertuan Agong, khususnya dalam urusan meluluskan Belanjawan 2021.


Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, proses konsultasi harus dilakukan segera memandangkan pembentangan belanjawan dijadualkan pada 6 November ini.


"Kerapuhan dan ketidakstabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin mendorong kepada keperluan mendesak proses konsultasi biparti dimulakan demi kepentingan negara.


"Oleh yang demikian, Wanita KEADILAN mendesak demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyingkapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen, wajar ketika ini PM memulakan proses konsultasi tersebut dan memberikan ruang kepada semua Ahli Parlimen meneliti keseluruhan belanjawan yang dicadangkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fuziah lagi, dalam mendepani cabaran pandemik Covid 19 dan implikasi pasca pandemik yang masih melingkari kehidupan rakyat, belanjawan yang dicadangkan harus menumpukan kepada kesejahteraaan rakyat, khususnya yang terkait dengan isu pengangguran kritikal di kalangan belia, kehilangan pekerjaan akibat pandemik serta unjuran kemiskinan multi dimensi yang semakin meningkat.


"Justeru, Wanita KEADILAN bertegas belanjawan yang akan dibentangkan mestilah inklusif, melindungi golongan rentan serta mengutamakan belanjawan yang responsif gender, terutama kepada isu-isu sosial yang terkait dengan impak pandemik.


"Selain itu, kekuatan institusi Parlimen yang melaksanakan prinsip semak dan imbang juga mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan dan dalam masa yang sama Wanita KEADILAN menggesa proses konsultasi biparti dimulakan oleh kerajaan tanpa lengah demi kepentingan negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page