top of page

'Muhyiddin tidak boleh cakap kerajaan tiada wang, dia kena cari pelaburan' - Johari Abdul



Ungkapan "kita tak banyak wang lagi yang tinggal" dan sempat tular sepanjang minggu tidak wajar keluar dari mulut seorang Perdana Menteri (PM) seperti Muhyiddin Yassin.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, sebagai PM beliau seharusnya mengarahkan menterinya mencari pelaburan luar untuk menjana ekonomi Malaysia, bukannya memberitahu rakyat kantong negara hampir kekeringan wang.


"Dia sebagai PM tidak boleh kata 'tiada duit' sebab kerajaan ikut mana pun boleh cari duit, sama ada dia menjana pendapatan (cukai) atau pelaburan baharu


"Negara boleh mencari pelaburan luar. Kalau Vietnam (yang tidak maju) pun boleh mengatasi Malaysia (dari segi pelaburan asing). Kenapa kita tak boleh buat?


"Walaupun zaman PKP, tidak ada alasan untuk kerajaan umumkan 'tiada duit' yang lebih penting kerajaan mesti memikirkan cara mana rakyat bangunkan ekonomi rakyat. Mesti ada program yang boleh menjana peluang pekerjaan rakyat


"Saya tengok banyak negara-negara seperti Taiwan, New Zealand dan Australia yang menjana sektor peniagaan kecil untuk menggerakkan ekonomi. Kenapa Malaysia tidak belajar daripada mereka," katanya.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah itu lagi, kerajaan perlu membuka lebih banyak tapak untuk perniagaan kecil dan sederhana bagi menampung rakyat yang kehilangan pekerjaan.


Bagi sektor pelaburan langsung asing pula, katanya, kerajaan seharusnya lebih kreatif dalam menarik pelabur.


Perlu ada pengkalan data mengenai golongan profesional Malaysia dan boleh disesuaikan kemahiran mereka dengan bentuk pelaburan yang mahu dibawa masuk.


"Sekarang katakan China nak melaburkan maka harus diberikan maklumat rakyat Malaysia yang ada kemampuan dalam bidang-bidang tertentu


"Maknanya kerajaan kena ambik inisiatif untuk match kan pengetahuan rakyat kita dengan kehendak atau keperluan pelabur. Kerajaan kenalah berusaha lebih sikit," katanya lagi.


Dalam ucapan Muhyiddin baru-baru ini, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan RM600 juta dalam pakej ekonomi Belanjawan 2021 dan tidak banyak lagi wang yang tinggal.


Bagaimanapun warga net menganggap ucapan itu adalah pengakuan kelemahan Muhyiddin mentadbir yang tidak mampu menjana ekonomi dan sewajarnya beliau meletak jawatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page