top of page

Muhyiddin tiada pilihan selain berundur dari pentas politik - Wan Fauzuldin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perhimpunan Agung Tertinggi (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan dengan jelas keretakan dalaman komponen Perikatan Nasional, iaitu Bersatu.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad (gambar) berkata, kewujudan Akuan Berkanun (SD) menolak Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti seperti dilapor media merupakan tamparan besar dan memalukan buat bekas perdana menteri berkenaan.


Katanya, daripada mainan politik Muhyiddin cukup SD untuk jadi perdana menteri kini SD pula berbalik menunjukkan 'jalan keluar' politik kepada beliau.


"Muhyiddin sebelum ini sering menggunakan isu SD sebagai modal politik bagi menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.


"Nampaknya isu SD memakan dirinya sendiri apabila 120 Ketua-Ketua Bahagian Bersatu didakwa menolak beliau," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Muhyiddin mendedahkan sendiri wujud konspirasi mengutip tandatangan bertujuan untuk menjatuhkan beliau.


Ketika perkara itu didedahkan Muhyiddin semasa sesi ucapan Dasar Presiden, situasi menjadi kecoh apabila sebahagian perwakilan berdiri melaungkan “Tan Sri turun,” kepadanya.

Perhimpunan turut dilanda kontroversi surat layang yang mendakwa Hamzah yang Timbalan Presiden menggerakkan usaha menyingkirkan Muhyiddin.


"Sekarang bagaimana Bersatu mahu memberitahu rakyat bahawa Muhyiddin layak menjadi calon PM ke 11 sedangkan lebih separuh ketua-ketua bahagian menolaknya sebagai pemimpin.


"Muhyiddin telah di"telanjangkan" di khalayak sendiri dan beliau tiada pilihan selain dari berundur," tambah Ketua Cabang KEADILAN Paya Besar itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page