top of page

Muhyiddin patut letak jawatan, beri laluan kepada Pas terajui PN



Oleh: Helmi Mohd Foad


Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) apabila menyepikan diri berbanding sekutu mereka Pas yang bertungkus-lumus membangkitkan isu isu semasa sebagai pembangkang.


Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sepatutnya Ahli Parlimen Pagoh itu memberikan laluan kepada Pas mengepalai serangan.


"Pas sekarang mengepalai serangan secara konsisten, (asyik) nak menebuk atap walaupun menyedari semua atap sudah tidak ada, yang ada hari ini atap konkrit yang tidak boleh tembus," katanya dalam bicara live di Facebook malam tadi.


Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, keadaan itu seolah-olah memperlihatkan Pas menjadi tunggangan Bersatu kerana hanya parti itu yang bertindak ke hadapan melakukan serangan sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen.


"Nampak gayanya yang buat bising di Parlimen dan luar Parlimen hanya Pas seperti Fadhli Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas) dan Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas)," katanya.


Beliau berkata begitu ekoran kelemahan Muhyiddin dan mencadangkan agar kerusi pengerusi PN diberikan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk segera menunjukkan bakatnya pemimpin gabungan pembangkang.


Hal itu, kata Lokman, sesuai dengan pengumuman Muhyiddin yang pernah mengisytiharkan Samsuri sebagai calon yang sesuai untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi PN.


"Jadi janganlah nampak penipu, beri laluan cepat supaya Samsuri boleh menjalankan tugas dengan efektif walaupun dia tidak ada masa nak buat kerja, nak jadi Menteri Besar, Ahli Parlimen Kemaman juga jaga empat portfolio kerajaan negeri," sinisnya.


Menurut Lokman, pemimpin Bersatu sekarang bersikap berdiam diri kerana mereka berada dalam keadaan panik apabila sedar usaha tebuk atap tidak akan berjaya, sebaliknya mereka yang semakin mendekatkan diri dengan golongan kluster mahkamah.


"Mereka senyap macam ayam berak kapur, yang berani geng Pas yang tidak (bersangkut) dengan (projek) tebatan banjir, Jana Wibawa, judi maka bolehlah bersuara," katanya.


Mengenai mungkinkah Pas akan bergerak secara solo berikutan lemahnya Bersatu, Lokman berkata parti itu sepatutnya tidak bergantung kepada Bersatu kerana sebelum ini pun mereka bergerak secara bersendirian dan kini telah pun mempunyai 43 kerusi Parlimen.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page