top of page

'Muhyiddin jangan hilang ingatan, pernah bangkit cadangan subsidi bersasar'



Oleh: Abdullah Zaid


Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang ‘bersedih’ ekoran pelaksanaan subsidi diesel bersasar dilihat seperti seorang yang 'hilang ingatan'.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat, hakikatnya Presiden Bersatu itu semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pernah mencadangkan Skim Subsidi Bersasar untuk menjimatkan RM20 bilion setahun.


Katanya, Muhyiddin pernah mencadangkan polisi yang saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaksanakan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


"Pada waktu itu Muhyiddin berkata hanya golongan sasar, iaitu mereka dalam kumpulan B40 dan B60 sahaja yang berhak menerima subsidi, tidak seperti sekarang (tahun 2022) di mana semua pihak tanpa mengira status kaya atau miskin, warga asing atau tempatan menikmati subsidi yang sama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Apa yang penting, kata Wei Kiat, Muhyiddin sepatutnya tahu bahawa Kerajaan Madani tidak menghapuskan subsidi tetapi mengagihkannya dengan cara yang lebih tepat melalui inisiatif Budi Madani.


"Setakat ini, sebanyak 30,000 pemilik kenderaan diesel telah mula menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 melalui inisiatif ini.


"Ini berbeza dengan cadangan yang dilontarkan oleh Muhyiddin pada tahun 2022, di mana beliau hanya mencadangkan penyasaran semula subsidi dan tidak menyentuh langsung mengenai bantuan tunai yang perlu diberikan kepada rakyat," ujarnya.


Jelas Ahli Dewan Negeri Rawang itu, beban subsidi pukal yang ditanggung kerajaan pada waktu ini sudah mencecah RM60 bilion setahun yang perlu dibayar kepada syarikat minyak.


Justeru, katanya, satu polisi baharu yang lebih baik perlu diperkenalkan berbanding subsidi pukal yang sering disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyeludup atau menyeleweng diesel bersubsidi.


Jelas Wei Kiat, setiap perubahan dasar biasanya akan menghadapi cabaran dan Kerajaan Perpaduan diyakini mempunyai hala tuju yang jelas untuk mereformasi sistem ekonomi negara supaya hasil perubahan itu dapat dirasai rakyat dalam masa terdekat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page