top of page

Muhyiddin, Ismail jangan salah menyalah, keduanya Ikon Gagal Malaysia - Chua Wei Kiat



Drama lucu salah menyalah antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas PM Muhyiddin Yassin tidak perlu diperpanjangkan.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat, drama menyakitkan hati itu malah tidak perlu ditambah episodnya kerana kedua duanya telah dikenali rakyat sebagai 'Ikon Gagal Malaysia'.


"Kelmarin Muhyiddin menyatakan, Ismail gagal menguruskan masalah ekonomi negara. Hal ini kerana pelbagai isu yang dihadapi rakyat, namun Ismail tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting untuk diatasi dan diselesaikan. Ismail pula membalas dengan menuduh Muhyiddin gagal kerana dia merupakan pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).


"Selepas Langkah Sheraton, Muhyiddin menjadi PM melalui pintu belakang, gagal mengawal keadaan Covid, umum darurat untuk kekal berkuasa, akhirnya dijatuhkan akibat pergaduhan antara BN dan PN.


"Pemerintahan PN (bagi rakyat Malaysia) adalah zaman demokrasi paling gelap di dalam sejarah," katanya.


Manakala menurut ADUN Rawang itu, tempoh setahun pemerintahan PM Ismail pula lebih banyak skandal berlaku dan kejatuhan ekonomi semakin serius dengan ditandai merudumnya nilai ringgit, menjadi terendah dalam dua dekad.


"Kerajaan BN pimpinan di bawah Ismail pula mengalami ketempangan. Kegagalan amat jelas apabila Ismail yang juga Naib Presiden Umno gagal menguruskan isu nilai mata wang, isu dalaman Umno dan skandal LCS.


"Gandingan Ismail dan Menteri Kewangan Umno Tengku Zafrul telah menyebabkan nilai mata wang terus jatuh ke paras terendah.


"Kegagalan ini menyebabkan seluruh rakyat terkesan apabila nilai ringgit menjunam RM4.50 kepada satu Dolar Amerika (USD). Tetapi Tengku Zafrul rasa bangga dan gembira konon nilai mata wang jatuh baik untuk pengeksport cari keuntungan.


"Lebih malang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sedang mengusahakan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan pada waktu banjir.


"Rakyat sudah cukup merasai kegagalan pimpinan PN dan BN. Umum akan setuju 100% jika Ismail Sabri dan Muhyiddin dinobat sebagai Ikon Gagal Malaysia," katanya


Sehubungan itu, tegas Wei Kiat, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak perlu terus menuding jari siapa lebih gagal kerana kedua duanya telah merosakkan negara dalam tempoh 3 tahun ini.


"Mereka telah membuktikan kegagalan kepada rakyat, maka saya cadangkan dua Ikon Gagal Malaysia ini bersara dan guna masa terluang untuk berehat di rumah atau bermain dengan cucu," sinisnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page