top of page

Muhyiddin hilang majoriti, sukar luluskan undang-undang - Fahmi



Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih mahu mengekalkan kedudukan diberi peringatan agar berfikir secara matang kerana kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah pun berubah menjadi minioriti.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, situasi itu akan menyukarkan Muhyiddin untuk meluluskan sebarang Rang Undang-undang di Parlimen termasukkan Belanjawan 2021.


"Dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi pada 23 September lalu, maka hilanglah majoriti Tan Sri Muhyiddin dan beliau bukan lagi Perdana Menteri, kerajaan majoriti (menjadi) cuma minoriti. Tiada mana-mana pihak yang mampu menafikan fakta ini.


"Ini bermakna Muhyiddin secara teknikal tidak lagi mampu membawa sebarang Rang Undang-Undang ke Parlimen untuk diluluskan dan telah menjadikan beliau seorang “lame duck” PM.


"Beliau seeloknya meletak jawatan sekarang," gesa Fahmi dalam satu kenyataan.


Pada 23 September lalu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen dan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang.


Beberapa jam kemudian Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen parti itu yang mahu menyokong Anwar sebagai PM baharu.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page