top of page

Muhyiddin bersihkan nama dari tuduhan Mahathir - Kamil Munim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membuat laporan polis susulan dituduh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau ‘mencuri dan menyimpan wang parti di rumahnya’.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, tuduhan Mahathir mengaitkan presiden parti Bersatu itu dengan jenayah pecah amanah merupakan satu tuduhan yang disifatkan sangat berat.


"Jika Mahathir berbohong, maka dia telah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.


"(Muhyiddin) wajib buat laporan polis untuk bersihkan nama," kata setiausaha politik menteri kewangan itu menerusi hantaran di platform media sosial X semalam.


Terdahulu, sebuah klip video berdurasi dua minit memaparkan Mahathir dalam satu pertemuan menuduh seorang pemimpin dipercayai merujuk kepada Muhyiddin mencuri wang parti tular di media sosial.


Muhyiddin kemudian menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu dalam video yang tular, menjelaskan semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke akaun parti yang diurus oleh bendahari agung.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page