top of page

Mufti Pahang junjung titah sultan hindari fahaman sesat khawarij, takfiri



Ajaran atau fahaman sesat bukan sahaja bertentangan dengan akidah Islam tetapi juga boleh mengancam perpaduan rakyat dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.


Oleh itu Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang baru baru ini mengingatkan umat Islam di negeri itu agar menghindari apa jua bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Katanya, masyarakat wajar menolak sebarang unsur bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang menekankan kasih sayang sesama manusia dan bersatu padu dalam masyarakat.


"Masyarakat Islam mesti menolak ajaran sesat seperti fahaman khawarij, takfiri (mengkafirkan sesama Islam) dan apa juga ajaran yang menyeleweng. Ajaran-ajaran ini jika tidak dibendung, ianya boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.


"Jabatan Mufti Negeri Pahang akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dari semasa ke semasa dan akan sentiasa memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar ia dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri ini terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.


Umat Islam Pahang, kata Dr Asmadi, tidak seharusnya membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat atau fahaman melampau.


Beliau mengingatkan mereka agar segara merujuk kepada ahli agama sekiranya musykil terhadap sesuatu ajaran atau fahaman menyeleweng.


"Mereka perlu merujuk kepada ahli-ahli agama yang bertauliah dan berautoriti sekiranya terdapat sebarang kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


"Masyarakat perlu berpegang teguh kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berteraskan kepada pegangan akidah Ahlussunah wal Jamaah huraian Imam Abu Hassan al-Asy’ari r.h (Asyairah) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi r.h (Maturidiyah), pegangan fiqh mazhab Syafie dalam pengamalan seharian namun dalam waktu sama menghormati 3 mazhab lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali, dan tasawuf Imam Ghazali serta Imam Junaid al-Baghdadi," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page