top of page

Mudahkan urusan dokumentasi rakyat Malaysia bekerja di Singapura - PH



Rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura seharusnya dipermudahkan urusan dokumentasi mereka agar tidak perlu beratur panjang di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.


Menurut Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Menteri Luar kerajaan Perikatan Nasional seharusnya bersimpati dan mengambil inisiatif memudahkan urusan warganegara yang terpaksa mencari 'penghidupan' di Singapura dalam melengkapkan dokumentasi secara atas talian lebih-lebih lagi sewaktu pandemik Covid 19.


"PH memandang serius situasi yang dialami rakyat Malaysia yang terpaksa berbaris panjang di luar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Dugaan yang dihadapi rakyat kita ini dalam mencari rezeki adalah kerana ekonomi negara tidak mampu menawarkan bayaran yang lebih tinggi, sangatlah menyayat hati.


"Kerajaan Perikatan Nasional, terutamanya Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya paling kurang perlu menunjukkan rasa simpati terhadap mereka. Beliau perlu memberi penjelasan segera berkenaan situasi yang sedang berlaku.


"Masalah yang sedang dihadapi rakyat di Singapura boleh diselesaikan dengan menugaskan lebih ramai pegawai selain menggunakan teknologi secara lebih bijak dan sekiranya perlu, warganegara boleh menyelesaikan urusan mereka secara online.


"Adalah amat memalukan bagi negara sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cekap dalam hal-hal sebegini pada tahun 2021," kata kenyataan tersebut.


Selain itu, PH juga menegaskan ekonomi negara perlu dipacu secara cemerlang agar lebih banyak peluang pekerjaan dicipta dan rakyat tidak perlu melakukan pekerjaan kolar biru dangan menyeberang Selat Tebrau kerana perbezaan gaji yang amat ketara antara kedua buah negara.


"PH menegaskan bahawa ekonomi negara perlu dipacu secara dinamis, terutamanya di saat ini agar rakyat Malaysia yang mencari rezeki di luar negara akan tertarik untuk kembali (bekerja di Malaysia)," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (KEADILAN), Khalid Samad (Amanah) dan Liew Chin Tong (DAP).


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page