top of page

Mudahkan permit premis perniagaan kecil waktu pandemik - RAPAT



Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) melonggarkan undang undang pengoperasian perniagaan kepada premis perniagaan kecil.


Menurut presiden NGO pro reformasi itu, Mustaffa Kamil Ayub, banyak keluhan diterima RAPAT daripada anak-anak muda dalam usaha mendapatkan permit pengoperasian perniagaan kecil. Katanya, usahawan kecil sukar menjalankan perniagaan tanpa permit yang sah.


"Menurut mereka, modal bukanlah masalah utama dalam memulakan perniagaan kecil. Apa yang menjadi halangan dan memudarkan semangat adalah birokrasi dalam mendapatkan permit premis perniagaan kecil.


"Dalam suasana pasca Perintah Kawalan Pergerakan terdapat ramai kalangan yang hilang pekerjaan maupun lepasan institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat pekerjaan.


"Justeru, dalam membangunkan usahawan baharu bumiputra amatlah wajar birokrasi mendapatkan permit premis perniagaan kecil ini dipermudahkan," katanya.


Beliau berpendapat sekiranya permit berniaga dipermudahkan dan urusan dijalankan secara atas talian maka sebahagian daripada masalah pengangguran akan dapat diatasi.


"Pihak berwajib seharusnya menyediakan permohonan dan meluluskan permohonan permit secara online, memudahkan kelulusan dan bukan menyusahkan.


"Juga mewujudkan pemantau yang membantu, menyelaras menjayakan komuniti usahawan kecil bumiputra serta melonggarkan beberapa syarat setempat secara tertib.


"RAPAT yakin dengan cara ini, kita akan mewujudkan komuniti usahawan baharu. Komuniti ini, RAPAT yakin akan mampu menjadi kelompok usahawan SME yang berjaya dalam masa terdekat," katanya lagi.


RAPAT menyeru agar semua PBT seluruh negara dapat membantu melonggarkan syarat syarat kawasan perniagaan ketika rakyat menghadapi kesempitan hidup berikutan wabak Covid 19 dan banjir baru baru ini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page