top of page

Muda perlu rasional, PH boleh batal kerjasama



Sikap Muda mahu melanggar DUN Larkin yang ditandingi KEADILAN amat membingungkan dan memerlukan pertimbangan semula terhadap kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan parti itu.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman, Muda seharusnya lebih profesional dalam membentuk pakatan pilihan raya yang tidak merugikan rakan sekutu.


"Tatkala Muda bersetuju menerima tawaran enam kerusi daripada PH bermaksud Muda telah bersedia untuk bekerjasama dengan PH sebagai sebuah blok kerana PH adalah sebuah blok gabungan parti-parti politik.


"KEADILAN juga telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda namun Muda kelihatan tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut.


"Muda tidak wajar meletakkan calon di kerusi yang telah ditandingi rakan komponen PH kerana tindakan itu hanya akan memberikan kemenangan kepada pihak lawan," katanya.


Tambah Syed Badli, sekiranya Muda berkeras dengan keputusan mahu melanggar kerusi KEADILAN maka PH juga boleh menarik balik kerusi yang diberikan kepada parti tersebut.


"Sekiranya Muda kekal berhasrat untuk bertembung, maka jelaslah kehadiran Muda sebagai agen perpecahan dan wajarlah PH menarik semula kerusi yang telah diberikan.


"Justeru itu saya ingin menasihati Muda untuk lebih rasional dalam membuat pertimbangan politik kerana setiap langkah bagi mendepani pilihan raya akan mengundang padah di kemudian hari," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page