top of page

MUDA masuk PH: Akan dibincangkan, teliti implikasinya - Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 11, 2022
1 min read


Permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) akan diteliti sebaik baiknya untuk melihat dari pelbagai sudut dan implikasi.


Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, semua pandangan akan diambil kira dalam menentukan keputusan PH.


"Kita ambil pandangan semua. Walaupun ada alasan alasan namun kita kena bincang secara teliti implikasinya," katanya menjawab soalan wartawan mengenai penolakan Angkatan Muda KEADILAN terhadap penyertaan MUDA ke dalam PH, pagi tadi


Beliau juga menegaskan mana mana parti yang mahu menyertai PH perlu memperakui prinsip prinsip utama perjuangan gabungan berkenaan.


"Tetapi sesiapa juga yang bekerjasama dengan PH dia ada prinsip utama yang harus diterima. Clear parameters yang harus diterima pakai. Jadi kita harus beri ruang untuk kita bincang dengan baik," katanya lagi.


Selain itu, Anwar juga berkata PH telah menerima surat permohonan menjadi anggota dari MUDA dan para pemimpin gabungan pun telah mula membincangkan hal berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page