top of page

Muda kerajaan atau pembangkang - Adam Adli



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyatakan pendirian sama ada masih menganggap sebahagian daripada kerajaan atau pembangkang.


Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim melontar soalan itu susulan keputusan parti tersebut bertanding secara ‘solo’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Tambah Adam, sekiranya Muda yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tidak lagi menyebelahi kerajaan perpaduan, mereka boleh “berpindah” ke blok pembangkang.


"Maka Muda hari ini perlu umum, masih anggap diri sebagai blok kerajaan atau tidak lagi menyokong.


"Jika tidak lagi sokong, boleh lintas ke blok pembangkang. Tiada siapa halang, tidak salah pun dari segi undang-undang," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu di Twitter.


Terdahulu, Syed Saddiq berkata cubaan partinya untuk bekerjasama dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat kerjasama apabila usaha mengadakan pertemuan dengan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak diendahkan.


Keputusan Muda bertanding solo pada PRN bakal mewujudkan pertembungan dengan PH dan BN walaupun ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada blok kerajaan di Dewan Rakyat.


Sementara itu, Adam menyifatkan keputusan Muda bertanding pada PRN sebagai ada “matlamat peribadi”, dan bukannya perjuangan untuk rakyat.


"Masuk PRN ertinya mencabar penyandang; dengan tujuan menggantikan penyandang tersebut. Adakah itu matlamat Muda? Tak ada orang masuk pilihanraya sebab suka-suka, semua nak menang dan tubuhkan kerajaan.


"Kalau masuk PRN hanya kerana gagal dapatkan ‘ruang nak bertemu dan bermesyuarat’, maka saya anggap Muda memang bukan rakan kongsi yang sesuai disimpan," tegas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page