top of page

Muda jangan gelojoh, rasai dulu perit perjuangan - AMK





Tindakan Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman yang mengugut akan berlaku pertembungan antara parti itu dengan calon KEADILAN di kerusi kerusi tertentu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sewajarnya berlaku.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Thiban Subbramaniam, berdasarkan usia parti Muda yang masih 'bayi' serta kekurangan jentera menghadapi pilihan raya, sebaik baiknya Muda berlapang dada dengan kerusi yang ditawarkan.


Katanya, KEADILAN telah bermurah hati menawarkan 3 kerusi namun ditolak parti itu. Untuk meminta kerusi tradisi KEADILAN, katanya, agak sukar dipertimbangkan.


"Kita faham Muda baru dilahirkan namun dalam politik Muda tidak boleh berlagak seperti bayi yang perlu disuap sentiasa. Muda perlu merasai perit perjuangan untuk mencapai kemenangan dan bukan dengan mengemis dan mengugut untuk mendapatkan kerusi selesa bagi memenangi pilihan raya.


"Muda cuba ganggu kerusi KEADILAN di DUN Larkin, Ulu Tiram serta beberapa DUN lain dan turut menyerang bekas ADUN KEADILAN. Namun atas semangat kesepakatan, KEADILAN 'move on' dan tawarkan tiga kerusi kepada Muda.


"KEADILAN juga menawarkan jentera kepada Muda bagi kawasan Puteri Wangsa walaupun sebelum ini KEADILAN bertegang leher dengan Amanah untuk kerusi berkenaan," katanya.


Tambah Thiban lagi, jika benar fokus Muda untuk menumbangkan Barisan Nasional serta Perikatan Nasional dengan berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mengapa Muda gelojoh ingin melanggar beberapa kerusi KEADILAN seolah ingin memecahkan undi pembangkang


"Sebaliknya jika Muda tidak yakin mampu menang melawan BN dan PN di kubu kuat mereka, adalah lebih baik Muda tidak bertanding pada PRN kali ini.


"Semangat yang ditonjolkan Syed Saddiq tidak mencerminkan semangat anak muda yang ingin menentang kebobrokan kerajaan zalim melainkan hanya untuk menjadi 'Yang Berhormat' semata," katanya.


Kata beliau lagi, tindakan Muda itu tidak bersesuaian dengan disiplin dalam PH yang lebih mengutamakan konsensus, sebaliknya mungkin mereka lebih sesuai bersama Warisan yang meletakkan calon untuk mencuba nasib dalam PRN kali ini.


KEADILAN pula, kata Thiban, dalam sejarah panjangnya sering meletakkan calon di kerusi yang sukar dimenangi atas prinsip Lawan Tetap Lawan.


"Berbeza dengan Muda, KEADILAN sejak melalui pilihan raya pertama hingga ke hari ini tidak pernah gentar meletakkan calon di kerusi gred A hingga ke gred D. Kerana kita yakin Biru Muda pilihan rakyat Johor dan rakyat Malaysia dan ini kita telah buktikan PRU-14 lalu," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page