top of page

Muda dialu alukan tinggalkan Perpaduan, henti tunggang agenda reformasi



Tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mengumumkan keputusan parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan semalam dialu alukan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Tyra Hanim Razali.


Menurut Tyra, tindakan tersebut sepatutnya lebih awal dilakukan memandangkan Muda sekian lama mengkritik secara tidak adil, mengelirukan rakyat serta menyebarkan naratif serong terhadap Kerajaan Perpaduan.


Malah, katanya tingkah laku Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman yang menjadi 'gunting dalam lipatan' hanya menjejaskan kesepaduan Kerajaan Perpaduan.


"Sikap Presiden Muda yang sentiasa ‘holier than thou’ dan bertalam dua muka terhadap hal-hal berkaitan rasuah adalah mengelirukan.


"Sebagai contoh, Syed Saddiq bertegas dalam pendiriannya bagi pembebasan 40 pertuduhan rasuah berhubung Visa Luar Negara (VLN) yang dikenakan ke atas Zahid Hamidi pada tahun 2022 di bawah pemerintah Perikatan Nasional (PN) dengan alasan meletakkan kepercayaan kepada badan kehakiman dalam soal pembebasan. Namun begitu lantang menempelak orang yang sama bila mana Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan.


"Syed Saddiq juga tidak utuh mempersoalkan keputusan-keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) lain yang banyak berlaku semasa pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuklah kes-kes berprofil tinggi figura politik.


"Begitu juga umpama kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi, Syed Saddiq tidak mempunyai sebarang keabsahan moral untuk menjuarai agenda bebas rasuah kerana beliau sendiri pun terpalit dengan kes pecah amanah dan telah diarah untuk membela diri setelah kesnya dibuktikan wujud prima facie," kata Tyra dalam kenyataan.


Selain itu, ujar beliau, Syed Saddiq telah mengkhianati ‘electoral pact’ bersama Pakatan Harapan (PH) apabila meletakkan calon di kerusi-kerusi yang disandang PH dalam Pilihan Raya Negeri Ogos lalu. Namun tidak seorang pun calon Muda diletakkan di Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh PN, dan hanya seorang calon di Terengganu.


"Persoalan yang harus dijawab Muda mengapakah hanya berani melawan kawan, tetapi ramah menyantuni lawan? Syed Saddiq juga langsung tidak pernah mengambil tanggungjawab bersama (collective responsibility) untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan umpamanya memberikan solusi tuntas dan konstruktif malah terus terusan menempelak dan menebar naratif jahat terhadap kerajaan serta parti-parti komponen PH," katanya.


Bagi Tyra, lagak Syed Saddiq itu tidak ubah seperti parti Bersatu yang menggunakan nama baik PH untuk bertanding dalam pilihanraya demi mendapatkan undi dan sokongan rakyat, kemudian mengambil keputusan menarik sokongan beberapa bulan setelah menang.


"Terbaru, Syed Saddiq menyarankan supaya pihak yang menggesa beliau mengosongkan kerusi (parlimen Muar) untuk mencermin diri.


"Sebagai pimpinan sayap pemuda, saya melihat kelakuan Syed Saddiq sebagai sebuah kehinaan kepada politik anak muda.


"Karier politik beliau bermula dengan menyertai parti berasaskan kaum, berpelukan dengan figura politik tertua Malaysia, meningkat naik puncak kuasa dengan ‘political patronage’, setelah itu terpalit pula dengan jenayah pecah amanah dan korupsi.


"Dalam masa sama melaungkan reformasi institusi dan politik baru, beliau tidak pernah mencela salahguna kuasa, korupsi moral dan politik Tun Mahathir, atau memperbetulkan politik patron yang paling korup dalam sejarah Malaysia," katanya lagi.


Justeru, tegas Tyra, seandainya Syed Saddiq mempunyai maruah maka beliau seharusnya mengamalkan kepimpinan melalui tauladan dengan menjadi Ahli Parlimen Malaysia yang pertama mengosongkan kerusi secara sukarela dan memberi peluang diri beliau diadili pengundi Muar berhadapan dengan PH dalam Pilihan Raya Kecil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page