top of page

Muafakat Nasional Sabah bubar



Muafakat Nasional (MN) negeri Sabah yang dibentuk sejak dua tahun lalu terbubar apabila pengerusinya bersama 30 ahli jawatankuasa (AJK) protem meletak jawatan.


Langkah itu diumumkan menjelang kehadiran presiden MN, Tan Sri Annuar Musa ke Sabah pada Sabtu ini untuk menghadiri Konvensyen Pas Sabah.


Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong ketika mengumumkan perkara itu melalui satu sidang media di Kota Kinabalu pada Khamis berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Annuar.


Ia ditambah sikap MN pusat yang dakwanya bersifat tidak adil terhadap mereka.


"Saya meletak jawatan dan membubarkan protem MN Sabah kerana beberapa sebab yang kami tidak boleh terima.

"Kami sudah menilai dengan panjang lebar tindakan MN pusat pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang membelakangkan dan tidak menghormati langsung seolah-olah MN Sabah tidak wujud," katanya dipetik.


Jismit dalam sidang media itu turut menegaskan, keputusan pembubaran itu dipersetujui semua AJK MN Sabah pada mesyuarat terakhir diadakan mereka pada Rabu dan ia bersifat muktamad.


Berikutan pembubaran itu, katanya mereka merancang untuk menubuhkan sebuah NGO baharu yang memfokuskan kepada kebajikan dan peningkatan ekonomi Sabah.


Sebagai rekod, MN Sabah mengambil sikap mesra dengan tidak memburukkan Kerajaan Negeri atau wakil rakyat untuk kepentingan politik.


"Tidak seperti MN di Semenanjung. Kita benar-benar mengamalkan muafakat," kata Jismit dipetik laporan media.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page