top of page

MPP puas hati, sahkan keputusan Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat cabang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5
  • 2 min read


Keputusan Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang yang berlangsung pada bulan April lalu disahkan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN semalam.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh, mesyuarat MPP telah mendengar semua isu berkaitan pemilihan dan berpuashati untuk mengesahkan keputusan Pemilihan KEADILAN 2025.


"Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada petang 4 Mei 2025, setelah mendengar pembentangan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan laporan Juru Audit Digital Antarabangsa pihak ketiga, berpuashati untuk mengesahkan Keputusan

Pemilihan 2025 di peringkat AJK Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang untuk kesemua 220 Cabang yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ujar Dr Fuziah, keputusan muktamad untuk Pemilihan 2025 di peringkat cabang akan dipamerkan bermula pada 5 Mei 2025 di https://keputusan.keadilanrakyat.org/


MPP juga, kata beliau, dimaklumkan dan mengesahkan tarikh-tarikh penting di dalam garis masa persiapan menghadapi Kongres Tahunan untuk 2024 dan 2025 yang akan berlangsung pada 23 Mei sehingga 25 Mei 2025 iaitu Jumaat sehingga Ahad di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.


"Kongres Tahunan pada kali ini akan menerima kehadiran seramai lebih kurang 10,000 perwakilan yang akan mengundi secara fizikal di Kongres untuk memilih Majlis Pimpinan Pusat manakala lebih dari 20,000 perwakilan pula akan mengundi untuk pemilihan Pimpinan Pusat secara atas talian.


"Sistem Perwakilan yang berpaksikan kepada konsep representasi berkadar mengikut sokongan (Proportionate Representation) juga di jangka menarik perhatian kerana calon Ketua Cabang yang kalah di peringkat cabang akan layak menghantar perwakilan ke kongres apabila mereka boleh menamakan senarai perwakilan untuk ke kongres yang mana jumlahnya akan mengikut kadar peratus undi mereka terima di pemilihan peringkat cabang tempoh hari," kata Fuziah mengingatkan format baharu pemilihan ahli MPP dan Naib serta Timbalan Presiden KEADILAN.


Katanya, kaedah baharu tersebut lebih demokratik dan pihak yang menang tidak menang semua manakala yang kalah tidak kalah semua. Prinsip itu, kata beliau akan menyemarakkan lagi proses demokrasi di Pemilihan 2025 sewaktu kongres kali ini.


"Oleh kerana persiapan untuk kongres memerlukan pengurusan yang teliti, maka MPP juga dimaklumkan bahawa satu Jelajah Pra Kongres ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan digerakkan oleh pihak ibu pejabat untuk memastikan para perwakilan menerima maklumat tepat dan komprehensif dalam membuat persiapan rapi untuk ke kongres kelak," katanya lagi.


Tambah beliau, pihak ibu pejabat juga akan menyediakan platform khas sewaktu Jelajah Pra Kongres untuk semua calon Majlis Pimpinan Pusat bertemu dengan para perwakilan dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai calon.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page